LilySlim Weight charts

Saturday, December 26, 2009

NAK BERANAK KAT SINI KE KAT KUCHING?

Salam.

aku sangat stress. walaupon skang baru 26weeks, tapi telah menjadi isu yg sangat penting untuk tentukan mana nak beranak ..huhu. sangat pening.

laki aku nak aku branak kat kuching, parents aku pon mesti la nak aku branak kat kuching..
so apa masalahnyer?

masalahnye , cuti . dan cuti. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

mmg la kalau branak kat kuching ada mak aku jaga , and at least ade kete nak ke mana2.

korang mesti tatau kitorang laki bini takde kete,selama ni merempit je pon. huhu.

tadi bapak aku kol ckp mcm2, aku diam je. tatau nak ckp ape.

kalau nak beranak kat kuching, kene ambik cuti awal SEBULAN. korang bayangkan la..cuti aku dah la tak banyak. nanti dah ada anak lagi la banyak nak cuti kan..

kata kan la aku cuti awal sebulan. 2 minggu awal bleh ambik cuti bersalin - dah kene tolak 14 hari dari 60 hari..tinggal 46hari lepas beranak. itu kalau beranak on time, kalau delay ? huhu. brapa hari je dpt luang dengan anak before masuk keje? owhhh..i'm seriously stress.

2 minggu lagi kene ambik cuti rehat. cuti rehat ada brape hari je setaun ? tolak 10 hari ? huhu. so sad. sian anak aku. belum apa2 mak dah ada konflik.

lagi, kalau aku balik kuching awal sebulan dari tarikh due date, laki aku kene la balik kemudian sbb dia kene la keje n takleh cuti awal kan. dah tu, aku nak sangat laki aku ada masa aku beranak, jadi adalah agak mustahil untuk berada di sisi aku kalau masa aku sakit tu dia ada kat semenanjung lagik. huhu... camne ni nak ..mak nak jugak bapak ko tengok mak beranak..huhu

kalau aku branak kat sini pulak , mmg la lebih mudah untuk laki aku n aku uruskan cuti.maksudnya takde la membazir banyak cuti sangat. banyak la masa untuk anak post partum. dan peluang utk laki aku ada dengan aku masa beranak adalah lebih tinggi.

TAPI..sapa nak uruskan aku kat sini? mmg mak aku bleh datang. tapi , kenderaan camne? aku nak follow up kat klinik camne? nak gi mana2 pun susah kat putrajaya ni. takkan nak naik bas?

YA ALLAH..berilah aku petunjuk yang terbaik. aku taknak kecikkan hati mak ayah aku. tapi aku pun nak yang terbaik untuk anak aku. aku harap akan dpt buat keputusan yang terbaik.

malam ini sungguh rasa sedih. tak sangka perkara ni akan jadi serumit ini. mungkin sbb aku selama ni ambil mudah semua perkara. ermmm...

Monday, December 21, 2009

Appointment with Dr Pakar Serdang

Salam.

pagi tadi appt kat klinik pakar O&G , Hospital Serdang. supposed to be 1030am, tapi punyer la ramai orang , tunggu smpai pkul 3pm baru dpt jumpa doktor. bleh tak? smpai 2,3 kali hubby gi kantin bli air mineral n roti sbb aku sangat kelaparan. tak makan tu smpai pkul 3pm sbb tunggu giliran. kang kitorang gi bersenang lenang makan, nombor terlepas, nak tunggu lagi berjam2..huhu

bila tgk patient ramai , terpikir plak, mesti takde wat scan arini sbb patient ramai sangat. sib baik la bila nombor bim di panggil terus masuk bilik ultrasound. excited sangat this time sbb ingatkan anak sudi nak tunjuk jantina nya.. tapi sayang anak tak sudi..huhu. dia siap kepit2 lagi kaki dia takmo tunjuk jantina ape..takpe la nak ..asalkan ko sehat walafiat dan ikut umur sepatutnya supaya mak boleh plan nak beranak kat kuching..ehehe

masa doktor sebok nak scan, bim pon sebok suh husband ambik video ultrasound tu. sbb dah agak doktor ni taknak print gambar punyer. lagipun ingatkan anak nak tunjuk jantina..hehe
dah ambik pakai henpon, sahih2 la tak clear kan..tapi bleh nampak la jantung,baby gerak2, kepala,kaki tangan ..kalau korang fokus betul2 baru leh nampak..ehehe.kalu tak dengar sora husband n doktor jer..ehehe

Friday, December 18, 2009

Me @ 25 weeks..

Salam.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431..

harini kitorang laki bini tatau nak wat ape. so jalan2 je la smpai kaki lenguh.hehe. sungguh tidak mendatangkan faedah. sbnrnye nak gi jln2 di pasar malam..tapi ujan plak ...huhu..terpaksa jalan2 dalam alamanda..

yang mana adalah agak mustahil untuk membeli apa2 kecuali makan dan makan lagi..ehehe

tiba2 ckp kat husband " dah lama tak ambik gambar la..tolong ambik bleh? nak wat kenangan.." hehe. ape2 je la kan. saje nak tgk thp kegendutan melampau ni..walau ape pon aku tetap rasa aku comel ..hahaha. sukati la org lain nak pk ape..hehe.

2 je pon pic nye..ckup la nak tunjuk perut ..hehe




dan gmbr seterusnya adalah tidak berkaitan dengan pregnancy..ini adalah gambar kegendutan akibat melayan bini asik makan..hahaha.."abang nak gak gmbr tunjuk perut.." :P~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




abang..jangan marah..syg dh ckp nak upload pic ni dlm blog kan kan kannnnnnn...hehehe

Wednesday, December 16, 2009

Back from Kelantan..done with the report..

Salam.

dah balik dr kelantan on monday. balik dari sana flight 5pm..smpai umah dah 830pm..lepas makan sume ..letih giler..pening lagi sbb tak dpt tido dlm flight..ehehe..
flight 55mins jer..baru nak lelap pramugari tu sebok bagi kacang n air..dah takleh nak lelap..

selasa terus kene keje dah. ingat nak cuti2..bos besar tak kasik ..huhu.

alhamdulillah...draf report yg pertama dah siap pagi tadi..harap2 tak banyak amendment la..

next week kene prepare plak report untuk team yang gi siasatan di sarawak..adoi la..letih2..

harini dah 16.12.2009. tak lama lagi nak hujung taun n nak awal taun 2010. cepatnya masa berlalu..rasa mcm baru lagi citer pasal azam taun baru 2009 kan??hehe. kene check balik sasaran tahunan tahun 2009 haritu..haha.mcm SKT la lebih kurang ..

yang pasti..salah satu impian taun ni dah tercapai..alhamdulillah..impian ape lagi kalau bukan mengandung..ehehe.

baby is doin ok(i think) as long as baby gerak for me he/she is doin fine. ade member seopis, baru pegnen 4 bulan, dah scan baru2 ni leh nampak baby boy..canggih betul la mesin tu..tingin nak tau jantina anak,supaya aku leh bagi nama siap2 dan panggil dia dengan nama tu daripada sekarang..tapi husband ckp nak suprise..taknak tau..huhu.

21.12.09 ni next appointment hospital serdang. harap2 semua ok, dan kalau ada rezki dpt la tgk jantina baby..(kalau baby nak tunjuk la kan..ehehe )

i'm easily gettting tired nowadays..jadi nak update ape2 pun rasa letih je. kat opis jangan citer la, agak mustahil nak buat benda lain selain dari buat kerja. hehe. smpai umah da sahih2 sangat letih. ermm..maaf yer kalau korang boring jenguk blog ni.

ok la..ni pun dah mula ngantuk..take care sume..

Thursday, December 10, 2009

WILL B OFF TO KELANTAN THIS SUNDAY ;)

Salam.

tgh bz nak prepare untuk siasatan kes di kelantan.

so just nak inform, insyaAllah ahad & isnin ni akan ke Kelantan..ada sape2 nak dating2?hehe

at least bawak jalan2 ker..makan2 ke..wakakaka..

we will be staying at Grand Riverview Hotel..aku pon tatau tu kat area mana..hehe

anything bleh calling2 or sms me ok..nombor hp  carik sendiri dlm entry ni smpai dpt..ehehe

hopefully akan berjaya dpt maklumat n dpt siapkan report in the same week..aminnn..


Monday, December 7, 2009

BACK FROM MALACCA..BACK TO THE NORMAL LIFE..

Salam..

nak update..tapi line broadband ni sengal..so kene buat ringkas dan padat..

1st - dah balik dr melaka on friday. harini cuti rehat, sebab rasa mcm sangat letih walaupon tak buat ape sangat. hehe. letih otak la memikirkan urusan kerja. untuk kebaikan baby,adalah lebih baik ibu berehat..betul tak anak?? hehehe. 

2nd - masa kat melaka, jumpa Neisya. waa..so suprising. sbb kitorang tak plan pon nak jumpa. kebetulan dia pon ade program kat puteri resort tu. walaupn dpt borak few minutes jer..tapi mmg sonok borak depan pintu kan?? hehehe. i'm suprise that neisya have 4 kids! seriously, dia nampak sangat muda. dia ckp dia  kawin awal..bestnyer ada anak dah besar2 masa muda2..insyaAllah if kene gi perlis, i will call u ok..

3rd - puteri resort is way better than hotel seri costa. ada 4 pool youuu..hehehe..walaupon aku tak pandai berenang,tapi pool2 tu sangat menyejukkan mata. hehe. bilik pun ok. makan?susah nak ckp.hehe.selera ibu mengandung ni pelik skit. sume nye mcm susah nak masuk walaupon asik melantak. yg penting, last day ada ice cream..yummmyyyy..ehehe

4th - i'm goin to register for streamyx. seriously dah tak bleh bersabar dengan broadband maxis ni. dlm 10x , ada la sekali je bleh masuk internet,tu pon tak dpt login email. if email pun takleh masuk, ape ke pekdahnye ada internet ni? cuba korang ckp kat aku. 

harap2 streamyx tidak akan mengecewakan seperti ini la. hubby yg bersungguh2 nak masuk kan streamyx. sbb dia ckp dia da takleh sabar ngan broadband ni. kalau pulangkan kene byr rm200. lebih baik la daripada byr bulan2 rm78 smpai setaun..dan hasilnya nan ado.

5th - baby dah nak masuk 6 bulan minggu depan. cepatnya masa berlalu..tiba2 rasa neves plak pk pasal nak beranak. hehe. i'm still worry bout the baby's size. he/she is kinda smaller than date. last checkup nurse tak ckp pon kecik sbb dia tak scan. next hospital appt will be on 21.12.09. harap2 nya bby sehat dan membesar sebaik mungkin. 

aku dah mula surf2 untuk nama anak.hehe. dan tatau kenapa tangan aku sangat gatal klik nama anak pompuan. nama anak lelaki mcm tak menarik plak nak tgk. agaknye sbb bapaknye dah ada nama untuk lelaki - GERALDINE ZIDANE ( gabungan nama STEVEN GERRAD DAN ZINADINE ZIDANE) haha. mampos la aku kalau dia betul2 bagi nama anak mengarut mcm tu.

aku dari dulu sangat ske nama AYU RAUDHAH. namun begitu..setelah melihat hasil ayu raudhah dari dlm tv, aku jadi takot plak nak letak nama anak mcm tu. huhu. aku ske jugak nama DAMIA ATAU DANIA ,tapi dua2 tu dah ada sedara guna. RAIDAH( pemimpin) pon best. tapi apakan daya, ada pegawai kat opis nama tu. 

apa kata bagi anak nama TIZ ZAQYAH atau NUR AMINA? hahaha. harusla org kutuk aku obses giler dengan NUR KASIH. 

aku nak nama anak yg simple je, nama yg penuh makna yg baik,dan harap supaya dia akan menjadi seperti yg didoakan orang melalui namanya..

panjang la plak..tadi mcm nak ringkas jer..ehehe