LilySlim Weight charts

Friday, September 30, 2011

Citer Serius : Gaji naik 40% ???

Kredit to Yahoo! and The Malaysian Insider -


Sedutan berita terkini :



"KUALA LUMPUR, 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.
Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.
Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).
“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu."


Kumpulan Pelaksana ? The Do-ers? hehe :
"Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan."
And about PTK yang dah dimansuhkan :
"Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.
Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.
Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.
Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.
Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian."

errmmm..my comments ? - adakah anda rasa anda layak diberi kenaikan gaji? dengan kerja yang tak seberapa? servis yang tak brapa bagus? komplen  banyak,tapi cakap tak serupa bikin? tau marah saje, pernah usaha nak baiki diri?skil kerja yang tak brapa nak pandai?banyak buang masa daripada buat kerja?
Layak ker nak demand gaji naik smpai 40%?
Renung-renungkannn..dan selamat beramal...hehehe

p/s : saya adalah gov servant. peringatan di atas adalah utk saya jugak. gov servant lain jangan marah yer..hehe..kalau betul naik gaji alhamdulillah..tp rasa mcm tak layak ler..huhu

Citer Makan : Laksa Sarawak

Salam.

Harini citer makan lagi bley? hehe



LAKSA SARAWAK...eisk..sangat sedap ler..(bg tekak ai ok?)
lebih sedap bila di masak oleh MAK sendiri..alhamdulillah..terima kasih mak ..hehe

mmg niat dah lama nak ajak budak2 opis ni makan laksa sarawak..tapi tak kesampaian sbb tak konfiden nak masak sendiri..haha
kebetulan mak ada kat sini, mak la jadi mangsa..hehe

mungkin ramai yg dah penah rasa..laksa swak ni pakai mihun jer..pastu kuah dia takde la ikan ke ape mcm laksa lain..rempah/perencah nya pon dah siap sedia jual kat kedai..hik3..


~kredit to En Gugel~

ni antara dua jenis yg biasa jual kat swak..
cara masak tak susah..ada kat belakang kertas putih dlm perencah tu..hehe..senang kan?

;)

ok la korang. smbung wat keje. nnti citer citer lagik..


Thursday, September 29, 2011

Citer Rindu

I do really miss the moment of blogging..


Sangat rindu menulis so harini tulis la banyak2 yer..haha. jangan pengsan, jangan bosan 
(tapi kalau uols bosan, what should i do then?)


owh..setting blog ni dah pelik ler..tatau kenapa? but yakin dan pasti adalah sebab tangan saya yang gatal telah menyebabkan berlaku nya kerosakan fizikal pada layout blog ini..


nak tukar balik camne? (MALAS)


so layankan ajer la..hehe

Citer Makan : Pizzahut Chunky Loaded

haha...masuk2 je citer makan..apa ke hal nyerrr..


semalam kitorg kat opis terai makan yg nih..ada pilihan beef/chicken..
because one of my staff said the chicken doesnt taste good (or dia yg tak reti rasa..hehe) so we bought the beef ..
the taste ? anything with cheese will goes well in my stomach...! hahaha (Dasar Gendut!)
masing2 punya taste la ek..some people doesnt like this because of the base..rotinya nipis n crispy..but i do like it this way..people who love domino's might love this one as well..

jangan risau, saya makan 1 slice saja..hahaha..tapi seblum tu mcm dah makan benda lain..apa ek???

oooooo...saya sudah ingat laaaaaaa................................

alamak...

-credit to tuan punya gambar-

hermmmm...
how?

sedap nyer..eisk2..


welcome back the fat you!

hahahaha

Wow! Its been like ages! haha

Salam.

lama gila tak hapdet ek? ape citer skang? masih mcm tu jugakkkk...dah gemok ler..kah3

anyway, kita start off dengan ringkas la ek..

my life - ok, stressful mcm biasa, byk travel, makan banyak..ha3
eksesais - jalan2 carik makan(makan lagik) nak berjinak ngan Bodyrock (iye la tu)
daniya - sehat,alhamdulillah..dah pndai ckp few words. sangat kuat bebel (bahasa german). berat dia tak naik2..hanya 8.8kg di usia 1 tahun 6 bulan..omak nye je yg lebey2. haha
blogging - walaupon tak menaip, hari2 mengadap blog kawan2..blogwalking la kekdahnyer kan..tergelak sorang2,baca resepi org bukan main,buatnya idak..hehe

ok la. nnti kita citer lagi. rasa mcm nak citer pasal Daniya je la dalam blog ni. so kena tukar nama blog, xleh dah la citer aku pon nak diet, skali org bukak blog citer pasal anak plak,ape kes kan?

nnti la ek..nanti tu bila pon tatau..hahaha..semoga panjang umur,murah rezki..amin..

sebelum blah, bagi peringatan kat diri sendiri skit ..


hahahahaha...keep exercising bebeh!