Saturday, December 26, 2009

NAK BERANAK KAT SINI KE KAT KUCHING?

Salam.

aku sangat stress. walaupon skang baru 26weeks, tapi telah menjadi isu yg sangat penting untuk tentukan mana nak beranak ..huhu. sangat pening.

laki aku nak aku branak kat kuching, parents aku pon mesti la nak aku branak kat kuching..
so apa masalahnyer?

masalahnye , cuti . dan cuti. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

mmg la kalau branak kat kuching ada mak aku jaga , and at least ade kete nak ke mana2.

korang mesti tatau kitorang laki bini takde kete,selama ni merempit je pon. huhu.

tadi bapak aku kol ckp mcm2, aku diam je. tatau nak ckp ape.

kalau nak beranak kat kuching, kene ambik cuti awal SEBULAN. korang bayangkan la..cuti aku dah la tak banyak. nanti dah ada anak lagi la banyak nak cuti kan..

kata kan la aku cuti awal sebulan. 2 minggu awal bleh ambik cuti bersalin - dah kene tolak 14 hari dari 60 hari..tinggal 46hari lepas beranak. itu kalau beranak on time, kalau delay ? huhu. brapa hari je dpt luang dengan anak before masuk keje? owhhh..i'm seriously stress.

2 minggu lagi kene ambik cuti rehat. cuti rehat ada brape hari je setaun ? tolak 10 hari ? huhu. so sad. sian anak aku. belum apa2 mak dah ada konflik.

lagi, kalau aku balik kuching awal sebulan dari tarikh due date, laki aku kene la balik kemudian sbb dia kene la keje n takleh cuti awal kan. dah tu, aku nak sangat laki aku ada masa aku beranak, jadi adalah agak mustahil untuk berada di sisi aku kalau masa aku sakit tu dia ada kat semenanjung lagik. huhu... camne ni nak ..mak nak jugak bapak ko tengok mak beranak..huhu

kalau aku branak kat sini pulak , mmg la lebih mudah untuk laki aku n aku uruskan cuti.maksudnya takde la membazir banyak cuti sangat. banyak la masa untuk anak post partum. dan peluang utk laki aku ada dengan aku masa beranak adalah lebih tinggi.

TAPI..sapa nak uruskan aku kat sini? mmg mak aku bleh datang. tapi , kenderaan camne? aku nak follow up kat klinik camne? nak gi mana2 pun susah kat putrajaya ni. takkan nak naik bas?

YA ALLAH..berilah aku petunjuk yang terbaik. aku taknak kecikkan hati mak ayah aku. tapi aku pun nak yang terbaik untuk anak aku. aku harap akan dpt buat keputusan yang terbaik.

malam ini sungguh rasa sedih. tak sangka perkara ni akan jadi serumit ini. mungkin sbb aku selama ni ambil mudah semua perkara. ermmm...

Monday, December 21, 2009

Appointment with Dr Pakar Serdang

Salam.

pagi tadi appt kat klinik pakar O&G , Hospital Serdang. supposed to be 1030am, tapi punyer la ramai orang , tunggu smpai pkul 3pm baru dpt jumpa doktor. bleh tak? smpai 2,3 kali hubby gi kantin bli air mineral n roti sbb aku sangat kelaparan. tak makan tu smpai pkul 3pm sbb tunggu giliran. kang kitorang gi bersenang lenang makan, nombor terlepas, nak tunggu lagi berjam2..huhu

bila tgk patient ramai , terpikir plak, mesti takde wat scan arini sbb patient ramai sangat. sib baik la bila nombor bim di panggil terus masuk bilik ultrasound. excited sangat this time sbb ingatkan anak sudi nak tunjuk jantina nya.. tapi sayang anak tak sudi..huhu. dia siap kepit2 lagi kaki dia takmo tunjuk jantina ape..takpe la nak ..asalkan ko sehat walafiat dan ikut umur sepatutnya supaya mak boleh plan nak beranak kat kuching..ehehe

masa doktor sebok nak scan, bim pon sebok suh husband ambik video ultrasound tu. sbb dah agak doktor ni taknak print gambar punyer. lagipun ingatkan anak nak tunjuk jantina..hehe
dah ambik pakai henpon, sahih2 la tak clear kan..tapi bleh nampak la jantung,baby gerak2, kepala,kaki tangan ..kalau korang fokus betul2 baru leh nampak..ehehe.kalu tak dengar sora husband n doktor jer..ehehe

video

Friday, December 18, 2009

Me @ 25 weeks..

Salam.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431..

harini kitorang laki bini tatau nak wat ape. so jalan2 je la smpai kaki lenguh.hehe. sungguh tidak mendatangkan faedah. sbnrnye nak gi jln2 di pasar malam..tapi ujan plak ...huhu..terpaksa jalan2 dalam alamanda..

yang mana adalah agak mustahil untuk membeli apa2 kecuali makan dan makan lagi..ehehe

tiba2 ckp kat husband " dah lama tak ambik gambar la..tolong ambik bleh? nak wat kenangan.." hehe. ape2 je la kan. saje nak tgk thp kegendutan melampau ni..walau ape pon aku tetap rasa aku comel ..hahaha. sukati la org lain nak pk ape..hehe.

2 je pon pic nye..ckup la nak tunjuk perut ..hehe




dan gmbr seterusnya adalah tidak berkaitan dengan pregnancy..ini adalah gambar kegendutan akibat melayan bini asik makan..hahaha.."abang nak gak gmbr tunjuk perut.." :P~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




abang..jangan marah..syg dh ckp nak upload pic ni dlm blog kan kan kannnnnnn...hehehe

Wednesday, December 16, 2009

Back from Kelantan..done with the report..

Salam.

dah balik dr kelantan on monday. balik dari sana flight 5pm..smpai umah dah 830pm..lepas makan sume ..letih giler..pening lagi sbb tak dpt tido dlm flight..ehehe..
flight 55mins jer..baru nak lelap pramugari tu sebok bagi kacang n air..dah takleh nak lelap..

selasa terus kene keje dah. ingat nak cuti2..bos besar tak kasik ..huhu.

alhamdulillah...draf report yg pertama dah siap pagi tadi..harap2 tak banyak amendment la..

next week kene prepare plak report untuk team yang gi siasatan di sarawak..adoi la..letih2..

harini dah 16.12.2009. tak lama lagi nak hujung taun n nak awal taun 2010. cepatnya masa berlalu..rasa mcm baru lagi citer pasal azam taun baru 2009 kan??hehe. kene check balik sasaran tahunan tahun 2009 haritu..haha.mcm SKT la lebih kurang ..

yang pasti..salah satu impian taun ni dah tercapai..alhamdulillah..impian ape lagi kalau bukan mengandung..ehehe.

baby is doin ok(i think) as long as baby gerak for me he/she is doin fine. ade member seopis, baru pegnen 4 bulan, dah scan baru2 ni leh nampak baby boy..canggih betul la mesin tu..tingin nak tau jantina anak,supaya aku leh bagi nama siap2 dan panggil dia dengan nama tu daripada sekarang..tapi husband ckp nak suprise..taknak tau..huhu.

21.12.09 ni next appointment hospital serdang. harap2 semua ok, dan kalau ada rezki dpt la tgk jantina baby..(kalau baby nak tunjuk la kan..ehehe )

i'm easily gettting tired nowadays..jadi nak update ape2 pun rasa letih je. kat opis jangan citer la, agak mustahil nak buat benda lain selain dari buat kerja. hehe. smpai umah da sahih2 sangat letih. ermm..maaf yer kalau korang boring jenguk blog ni.

ok la..ni pun dah mula ngantuk..take care sume..

Thursday, December 10, 2009

WILL B OFF TO KELANTAN THIS SUNDAY ;)

Salam.

tgh bz nak prepare untuk siasatan kes di kelantan.

so just nak inform, insyaAllah ahad & isnin ni akan ke Kelantan..ada sape2 nak dating2?hehe

at least bawak jalan2 ker..makan2 ke..wakakaka..

we will be staying at Grand Riverview Hotel..aku pon tatau tu kat area mana..hehe

anything bleh calling2 or sms me ok..nombor hp  carik sendiri dlm entry ni smpai dpt..ehehe

hopefully akan berjaya dpt maklumat n dpt siapkan report in the same week..aminnn..


Monday, December 7, 2009

BACK FROM MALACCA..BACK TO THE NORMAL LIFE..

Salam..

nak update..tapi line broadband ni sengal..so kene buat ringkas dan padat..

1st - dah balik dr melaka on friday. harini cuti rehat, sebab rasa mcm sangat letih walaupon tak buat ape sangat. hehe. letih otak la memikirkan urusan kerja. untuk kebaikan baby,adalah lebih baik ibu berehat..betul tak anak?? hehehe. 

2nd - masa kat melaka, jumpa Neisya. waa..so suprising. sbb kitorang tak plan pon nak jumpa. kebetulan dia pon ade program kat puteri resort tu. walaupn dpt borak few minutes jer..tapi mmg sonok borak depan pintu kan?? hehehe. i'm suprise that neisya have 4 kids! seriously, dia nampak sangat muda. dia ckp dia  kawin awal..bestnyer ada anak dah besar2 masa muda2..insyaAllah if kene gi perlis, i will call u ok..

3rd - puteri resort is way better than hotel seri costa. ada 4 pool youuu..hehehe..walaupon aku tak pandai berenang,tapi pool2 tu sangat menyejukkan mata. hehe. bilik pun ok. makan?susah nak ckp.hehe.selera ibu mengandung ni pelik skit. sume nye mcm susah nak masuk walaupon asik melantak. yg penting, last day ada ice cream..yummmyyyy..ehehe

4th - i'm goin to register for streamyx. seriously dah tak bleh bersabar dengan broadband maxis ni. dlm 10x , ada la sekali je bleh masuk internet,tu pon tak dpt login email. if email pun takleh masuk, ape ke pekdahnye ada internet ni? cuba korang ckp kat aku. 

harap2 streamyx tidak akan mengecewakan seperti ini la. hubby yg bersungguh2 nak masuk kan streamyx. sbb dia ckp dia da takleh sabar ngan broadband ni. kalau pulangkan kene byr rm200. lebih baik la daripada byr bulan2 rm78 smpai setaun..dan hasilnya nan ado.

5th - baby dah nak masuk 6 bulan minggu depan. cepatnya masa berlalu..tiba2 rasa neves plak pk pasal nak beranak. hehe. i'm still worry bout the baby's size. he/she is kinda smaller than date. last checkup nurse tak ckp pon kecik sbb dia tak scan. next hospital appt will be on 21.12.09. harap2 nya bby sehat dan membesar sebaik mungkin. 

aku dah mula surf2 untuk nama anak.hehe. dan tatau kenapa tangan aku sangat gatal klik nama anak pompuan. nama anak lelaki mcm tak menarik plak nak tgk. agaknye sbb bapaknye dah ada nama untuk lelaki - GERALDINE ZIDANE ( gabungan nama STEVEN GERRAD DAN ZINADINE ZIDANE) haha. mampos la aku kalau dia betul2 bagi nama anak mengarut mcm tu.

aku dari dulu sangat ske nama AYU RAUDHAH. namun begitu..setelah melihat hasil ayu raudhah dari dlm tv, aku jadi takot plak nak letak nama anak mcm tu. huhu. aku ske jugak nama DAMIA ATAU DANIA ,tapi dua2 tu dah ada sedara guna. RAIDAH( pemimpin) pon best. tapi apakan daya, ada pegawai kat opis nama tu. 

apa kata bagi anak nama TIZ ZAQYAH atau NUR AMINA? hahaha. harusla org kutuk aku obses giler dengan NUR KASIH. 

aku nak nama anak yg simple je, nama yg penuh makna yg baik,dan harap supaya dia akan menjadi seperti yg didoakan orang melalui namanya..

panjang la plak..tadi mcm nak ringkas jer..ehehe

Monday, November 30, 2009

JALANG- SATU LAGI ALASAN KENAPA AKU TAK SKE CITER MELAYU

Salam.

Aku sangat la hangin. Setelah sekian lama tak tgk wayang dengan laki, konon2 mlm ni , kejap tadi nak gi la layan wayang. konon2 sbb esok eniberseri kan..hehe. nak romantik2 la konon.

bila smpai kat gsc alamanda tu , tgk2 byk citer dah full house. yg ada citer kartun. agak2 la. tunggu ada anak baru tgk citer kartun k. ada plak yg timing dah lewat sangat. esok keje la beb,kene bajet2 gak masa..

so last2 kitorang decide nak tgk JALANG la. dan sekarang adalah SANGAT SANGAT MENYESAL.

Mula je cerita dah mcm tak best..kualiti gmbr mcm drama kat tv2..pastu tgk plak pelakon..humang aih..pelakon baru takpe,tapi biar berbaloi untuk masuk filem. baik la ko suh pelakon si nur kasih tu masuk filem..berbaloi la jugek..hehe

bila si JALANG tu mula bukak mulut je..laki aku dah tergelak2..dia siap cakap dengan kuat dlm panggung tu " halamakkk..sora mcm bapok laaaa.." tapi aku pon setuju part tu. dah la lembut mengada2 mcm di buat2, pastu ckp lidah terkeluar2..eeeee..sakit hati ...

citer ni kan pasal awek yg ske layan lelaki utk kemewahan dia kan..so biasa la part datuk2,bisnesmen yang kenja2, gatal2 tu ..tapi mmg bajet rendah btol la filem tu..bisnesmen rambut panjang,muka mcm hape je..groom la skit..

part yg buat aku paling sakit ati..

maria (watak yg jalang tu), konon2 nya kan nak insaf sbb jumpa balik boipren lama nya yg dah terpisah 4-5 taun..boipren nye plak,happen to be anak kepada datuk yg penah langgan dia jugak ..nama anak datuk akak bekas boipren nya ni IKRAM ke IHRAM. jadi aku imagine mesti la anak datuk ni very the handsome ( typical human thinking la kan?) dah nama nya anak datuk.hehe.blaja kat obesi plak.

skali bila tgk siapakah anak datuk tu ..aku terus ckp kat husband "jom bang.kita kuar skang.syg nak balik tgk HOUSE lagi bagus." laki aku dah ter kekeh2 gelak ..

korang kenal HELMI HUSAINI ?? aku pon tak kenal.aku carik nama dia semata2 nak bgtau dia lah boipren si maria tu..aku dh try carik dlm google..ni je gmbr yg ade..dia ni slalu blakon watak jahat dlm drama.. kalau bab kaki rogol, mat dadah..hhaaaa..mmg dia la biasanya jadi watak tu...


kenal tak ? tenung dekat2 sikit.hehe.

nasihat aku ; jangan jadi bodo mcm kitorang laki bini. baik aku layan senario lagi bagos. walaupon lawak tahap sengal, at least aku belum pernah lagi kuar dari wayang dlm masa 20min. membazir.

sebagai mengurangkan kesakitan hati, baik aku layan HOUSE season terbaru - ONLINE - FREE OF CHARGE.

Selamat malam. Doakan kami suami isteri bahagia dunia akhirat sbb esok baru anniversary ke 2.hehe.

Saturday, November 28, 2009

FROM MALACCA ..TO MALACCA..

Salam Aidiladha buat semua sahabat sekalian..

dah lama tak update. sorry ye. bim baru balik kursus induksi umum/khusus kat hotel seri costa kat melaka. dari 14-26/11/2009. giler ah lama. tapi takpe la..yg penting dah lepas. hopefully tayah mengulang la..ehehe

balik je dari kursus kene plak demam,batuk..sambung plak dengan muntah n cirit birit..tatau la kenapa..keracunan makanan kata doktor. padahal makan sama mcm org lain. perut bim je yg tak kuat kot..huhu. harini dah ok skit, alhamdulillah.

baru nak manja2 ngan laki kan, ye la dah brape minggu tak jumpa..tetiba dpt sms dari budak opis, 2-4 disember ni kene gi melaka lagi ..puteri resort plak..ade meeting SKT. ape ke hal la nak ke melaka jer ni ? adoi la. dah la fobia masa gi Hotel Seri Costa tu, SERIOUSLY servis sangat teruk. tatau la kot sbb kitorang ni government jadi dia layan cincai2..dia tau tak kitorang ni dah bagi brapa banyak untung kat dia..eisk..geram betol..

tapi takpe la..bak kata penceramah ..bersyukur..redha..hehe..

baby is doin ok..harini dah 22 weeks..5 bulan 2 minggu. hehe. cepatnye masa berlalu..skang dah bleh rasa anak tendang2..wahh..kan main anak ni.. pantang dengar sora bapak nye,aktif jer..bila bapak ajak tgk dragon ball pun suka je dia..ehehe..

alhamdulillah..walaupon sume org ckp perut aku mcm kecik sangat , tak seswai ngan usia kandungan, yang penting doktor ckp baby membesar ikut tarikh dan sehat walafiat ..sepatutnya next checkup 3.12..tapi kan kene gi meeting kat melaka lagik..kene postpone lagik la nampaknye..tak sabar nak tgk anak masa ultrasound..sbb kalau appt kat hospital serdang mmg buat scan..ehehe

nak tgk gmbr perut ?? ni ha..besar tu jugak ..hehe. kalu pakai baju ketat2 barula nampak buncit..tu pon buncit lemak ..ehehe. takpe baby, untuk keselamatan ko jugak .hehe.




esok dah start keje balik.boring nye. tapi kalau dok umah je pon boring. aku kan weekend ni asik muntah2 lagik. tak abis2 lagi mabuk. tapi takpe la..bukan slalu pon nak rasa sume tu kan..

ok la korang ..take care..

Tuesday, November 10, 2009

KEHIDUPAN

Kehidupan
by The Zikr™

Kesenangan yang datang

Tak akan selamanya

Begitulah selepas susah ada kesenangan

Seperti selepas malam datangnya siang

Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan



Gunakan kesempatan untuk kebaikan

Sebelum segalanya terlepas dari genggaman

Kelak menyesal nanti tak berkesudahan

Apa guna sesalan hanya menekan jiwa



Jangan difikir derita akan berpanjangan

Kelak akan membawa putus asa pada tuhan

Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan

Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali



Ujian adalah tarbiyah dari Allah

Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya

Kesenangan yang datang selepas kesusahan

Semuanya adalah nikmat dari tuhan
p/s : tiap kali rasa sedih sangat, lagu ni akan mengingatkan aku, hidup kita ni tak selalunya senang, tak selamanya susah..jangan ingat derita akan berpanjangan ..kelak akan membawa putus asa pada TUHAN..

Saturday, November 7, 2009

Saturday and 99HTN

Salam.

its 709am now. harini terbangun awal.these few days slalu terbangun "awal" sbb asik nak terkencing la...sakit perut la..bagus la.jarang bgn awal weekend.

pagi ni hubby keje syif pagi ..so dia bangun pkl 5 lebih,gi keje 6lebih , bim dah takleh nak tido balik. lagipun harini banyak keje nak buat. petang ni maybe nak kene gi kenduri anak buah . herm..letih.

and i'm also very hungry. need to find some food jap lagi. and maybe that would be nasik lemak from kedai bawah. hehe. sungguh tak sehat.

talking bout nasik , bim dari hari tu nak wish everyone yg join contest ( is it a contest ? ada hadiah eh ?eheh ) 99 Hari Tanpa Nasi .. congrats to ZEL yang berjaya wat program tu. dengar nye smpai 99 orang join ? Impressive.

For those yang kenal bim dari mula bim citer pasal diet n exercise ni , u'll know how much I DONT ENCOURAGE people to not eating nasik. nasik for me is not a harm , as long as u take it moderately .

HOWEVER , if u have it the right way , it can be a good way to start losing weight.

what i mean is , kalau tak makan nasik pon , PLEASE have some carbs in ur daily diet. CARBS adalah punca tenaga utama dalam badan. this is a basic dat we learn from sekolah rendah lagi. so even u dont eat nasik u still can get the carbs from other sources. but still , to lose weight u need the enegery from carbs for your metabolisme.

Please understand , its not the nasik that u can blame for your FAT. it always come back to the FAT itself and YOURSELF of course. u know what i mean? if u dont eat nasik but u eat all-kind-of junk food , how on earth do u think u can lose weight ?? Seriously.


and dont forget about PROTEIN , u need the muscle too. when u dont eat nasik, it's important for you to choose the right type of carbs. IF u dont know what to eat to replace the nasik , u can always find COMPLEX CARBS. search je ape jenis complex carbs ni. contoh paling senang wholegrain bread la kan. gardenia hijau tu . tapi jangan makan tu je.hehehe.

and EXERCISE. build up ur muscle ( bukan BULK UP tau..hehe ). JANGAN KURUS TAPI LEMBIK. muscle always help in lose weight.

Apa-apa pun, its a GOOD EFFORT. yang penting , jangan HANGAT2 TAHI AYAM, bak kata ZEL. its not easy of course, ingat sapa nak bagi kita KURUS ? sendiri mau ingat la.

apa saja usaha anda, kalau buat dengan bersungguh2 dan fokus , insyaAllah akan nampak hasilnya. and the most important thing, IF LEPAS NI DAH LOSE WEIGHT , DONT SABOTAGE YOURSELF LEPAS ABIS 99HTN NI. JANGAN MELANTAK SESUKA HATI,BALAS DENDAM MAKAN NASIK . HEHE. USELESS LA USAHA SELAMA 99 HARI.

BUT I CAN SAY,NASIK WONT TASTE THAT GOOD AFTER 99 DAYS. HAHA.

GOOD LUCK EVERYONE! zel, ko mesti bertahan, sbb ko yang organize contest ni.hehe. jangan mengalah k ?

HAVE A NICE WEEKEND.