LilySlim Weight charts

Sunday, October 2, 2011

Citer Hati Sakit

Huhuuhuhu.......
Hati sangat sedey..sangat sakit..

Sedey..sedey..sakit sakit..

Kenapa la lelaki sangat tidak memahami wanita?

Kenapa la asik pompuan jer yang kena berkorban dan bersabar?

KENAPA?????

Saturday, October 1, 2011

Citer Maaduu ??!!

Aper ni citer madu petang2 nih???

=P

rilex..ni citer madu lain ler..

Penah dgr pasal website nih?


Kalau korang adalah peminat cerita Korea yang sangat tegar..harusla godek website itu..

Kenapakah ???

sebab dorang ada macam2 citer korea..
yang bleh tengok secara streaming (tayah donlod) 
dan ada subtitles in english ..
dan yang paling penting adalah ...
...
...
...
Semuanya PERCUMA !!!

sapa taknak benda free cuba cakap???

hahahaha..

untuk org2 yg bosan ..bleh la layan2 citer korea ni..
aku adalah kategori layan bila perlu (kalau DR bg ubat, dia tulis PRN maksudnya makan bila perlu)
hehehe

Dorang ni ada kuar dlm Kosmo last week..this is the story

Snapshot of the Kosmo!


snapshot of the web : (credit to the owner or maaduu.com)




Yang minat drama korea tu ..LAYANNNNNN!!!

Citer Budak Comot







Budak ini..Daniya binti Hamin skang dah pandai makan choki choki..

sangat comot..tp dia suka..layankan ajer

kena bogelkan supaya tak kena baju..hahaha

camni lah aktiviti di hari sabtu yang bosan..

have fun everyone!

Friday, September 30, 2011

Citer Serius : Gaji naik 40% ???

Kredit to Yahoo! and The Malaysian Insider -


Sedutan berita terkini :



"KUALA LUMPUR, 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.
Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.
Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).
“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu."


Kumpulan Pelaksana ? The Do-ers? hehe :
"Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan."
And about PTK yang dah dimansuhkan :
"Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.
Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.
Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.
Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.
Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian."

errmmm..my comments ? - adakah anda rasa anda layak diberi kenaikan gaji? dengan kerja yang tak seberapa? servis yang tak brapa bagus? komplen  banyak,tapi cakap tak serupa bikin? tau marah saje, pernah usaha nak baiki diri?skil kerja yang tak brapa nak pandai?banyak buang masa daripada buat kerja?
Layak ker nak demand gaji naik smpai 40%?
Renung-renungkannn..dan selamat beramal...hehehe

p/s : saya adalah gov servant. peringatan di atas adalah utk saya jugak. gov servant lain jangan marah yer..hehe..kalau betul naik gaji alhamdulillah..tp rasa mcm tak layak ler..huhu

Citer Makan : Laksa Sarawak

Salam.

Harini citer makan lagi bley? hehe



LAKSA SARAWAK...eisk..sangat sedap ler..(bg tekak ai ok?)
lebih sedap bila di masak oleh MAK sendiri..alhamdulillah..terima kasih mak ..hehe

mmg niat dah lama nak ajak budak2 opis ni makan laksa sarawak..tapi tak kesampaian sbb tak konfiden nak masak sendiri..haha
kebetulan mak ada kat sini, mak la jadi mangsa..hehe

mungkin ramai yg dah penah rasa..laksa swak ni pakai mihun jer..pastu kuah dia takde la ikan ke ape mcm laksa lain..rempah/perencah nya pon dah siap sedia jual kat kedai..hik3..


~kredit to En Gugel~

ni antara dua jenis yg biasa jual kat swak..
cara masak tak susah..ada kat belakang kertas putih dlm perencah tu..hehe..senang kan?

;)

ok la korang. smbung wat keje. nnti citer citer lagik..


Thursday, September 29, 2011

Citer Rindu

I do really miss the moment of blogging..


Sangat rindu menulis so harini tulis la banyak2 yer..haha. jangan pengsan, jangan bosan 
(tapi kalau uols bosan, what should i do then?)


owh..setting blog ni dah pelik ler..tatau kenapa? but yakin dan pasti adalah sebab tangan saya yang gatal telah menyebabkan berlaku nya kerosakan fizikal pada layout blog ini..


nak tukar balik camne? (MALAS)


so layankan ajer la..hehe

Citer Makan : Pizzahut Chunky Loaded

haha...masuk2 je citer makan..apa ke hal nyerrr..


semalam kitorg kat opis terai makan yg nih..ada pilihan beef/chicken..
because one of my staff said the chicken doesnt taste good (or dia yg tak reti rasa..hehe) so we bought the beef ..
the taste ? anything with cheese will goes well in my stomach...! hahaha (Dasar Gendut!)
masing2 punya taste la ek..some people doesnt like this because of the base..rotinya nipis n crispy..but i do like it this way..people who love domino's might love this one as well..

jangan risau, saya makan 1 slice saja..hahaha..tapi seblum tu mcm dah makan benda lain..apa ek???

oooooo...saya sudah ingat laaaaaaa................................

alamak...

-credit to tuan punya gambar-

hermmmm...
how?

sedap nyer..eisk2..


welcome back the fat you!

hahahaha

Wow! Its been like ages! haha

Salam.

lama gila tak hapdet ek? ape citer skang? masih mcm tu jugakkkk...dah gemok ler..kah3

anyway, kita start off dengan ringkas la ek..

my life - ok, stressful mcm biasa, byk travel, makan banyak..ha3
eksesais - jalan2 carik makan(makan lagik) nak berjinak ngan Bodyrock (iye la tu)
daniya - sehat,alhamdulillah..dah pndai ckp few words. sangat kuat bebel (bahasa german). berat dia tak naik2..hanya 8.8kg di usia 1 tahun 6 bulan..omak nye je yg lebey2. haha
blogging - walaupon tak menaip, hari2 mengadap blog kawan2..blogwalking la kekdahnyer kan..tergelak sorang2,baca resepi org bukan main,buatnya idak..hehe

ok la. nnti kita citer lagi. rasa mcm nak citer pasal Daniya je la dalam blog ni. so kena tukar nama blog, xleh dah la citer aku pon nak diet, skali org bukak blog citer pasal anak plak,ape kes kan?

nnti la ek..nanti tu bila pon tatau..hahaha..semoga panjang umur,murah rezki..amin..

sebelum blah, bagi peringatan kat diri sendiri skit ..


hahahahaha...keep exercising bebeh!

Sunday, May 8, 2011

Terima kasih ibu..


 Salam. Ini adalah wajah ibu kesayangan saya yang bernama Jamayah bt Hj Jobeli..yer..dia adalah anak cina yang diangkat oleh keluarga melayu..sbb itu mata nya sangat sepet..hehehe (jangan tanya kenapa mata saya tidak sepet?? mungkin Daniya yg dapat kesepetan itu)

Mak saya adalah sangat suka membebel, sangat suka bergosip ( dats y she dont like gossiping with me, sbb bila dia citer pasal jiran2 or kawan2 dia yg ada unsur2 mengumpat, sy akan dengar saje tanpa respon. jadi dia tidak suka...hahaha ), sangat suka marah anak2 ( atas sebab yg munasabah) sangat bersuara lantang ( diwarisi Daniya ) dan sangat emosional ( especially Drama TV3 dan citer indon ..hehe )

Tapi, walau apa pun..beliau tetap seorang ibu yang terbaekkkkkk..sbb, sanggup jaga anak2 yg dia marah ni smpai jadi manusia, insan yang cemerlang, terbilang dan gemilang. haha. iyer, percaya lah..Semoga cucu yang dijaga beliau pun akan jadi begitu. amin..

Mak, terima kasih yang tak terhingga. kerana mak sudi marah kitorang, sudi jerit2 kitorang dengan suara yg lantang itu, maka anak2 mak telah menjadi insan yang berguna..(dan juga penyanyi yang berbakat besar ..haha)

No words can express how much we love you. Terima kasih yang tak terhingga..Budimu takkan terbalas hingga akhir nyawa..

 Bersama cucu kesayangan yang skang telah mula menjadi protege kepada Puan Jamayah ..hehehe






I love you mom and You Are Always In My Heart......
Daripada anakmu yang ko slalu kata gendut dan muka macam pinggan..hahahha....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


( I'm not so gendut la mak..hehe)





p/s: ucapan ini jugak digunapakai untuk semua IBU, EMAK, MUMMY, UMMI dan BIBU (daniya sorang jer)..HAPPY MOTHER'S DAY.. =)

Saturday, May 7, 2011

The Weekend..

Salam ...

Lama jugak tak meng hapdet haper2 kat blog ni kan..agak sebok kekdahnyer..2 minggu akan datang pon takde kat umah..asik outstation jer..nak wat camner?? kojo kan..nanti ko takdo kojo payah pulak kannn..

Last weekend gi kenduri umah kak ipar..anak buah kawin..so here's the few pics..hehe



 Me, daniya, Hubby, My mom and my adik-Nano..

Muka daniya mcm biasa..terpaksa di ambil pic..hehe

Cantik tak saya pakai baju kurung?? hehehe..thanx to Auntie Aini and Auntie Ayu yang susah payah buatkan baju kurung saya dan siap manik2 skali..(baju ibu pon tak vogue mcm nih tauuuu)

Ni Daniya dan dua ekor kawan baru nya "Monkey" ibu dan anak..hahaha..sangat suka dpt monkey besar..
Sapa nak beli boleh rembat di Carrefour, hanya RM36.90 sahaja..yer..bukan ratus2 punyer..(akak pon tak mampooo dek non kalau ratus2 huhu)

This weekend (baru sebentar tadi yer ) ajak adik (Nano) pegi jogging..bawak daniya n mak skali..hehe..tasik ni mmg syok la sbb ada mesin2 mcm dlm entry sebelum ni kan..tapi tk dpt byk round..sbb mak and adik dah letih..huhu

Posing skit..apsal la ske posing cam jantan nih? aiyaakkk

Me and Daniya..
and this is the tasik..best2..

Berat pada hari ini adalah 68.1kg. Sekarang mcm malas nak fokus sangat pada scale. Lebih fokus untuk memuatkan baju..haahha ( bahasa mudah untuk losing the inches ).

Nanti la plak sambung..nak  masak plak ..Happy Weekend Everyone ;)