Hari Isnin. Pagi2 dah bukak citer pasal buang anak. hermm. kenapa bukan buang bayi? sebab dah sahih2 yang dibuang tu ANAK seseorang,bukan sekadar some random babies..kan?
Sedutan Harian Metro (klik link ni utk citer lanjut) :
"KOTA BHARU: Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat bukan saja dihumban ke dalam perigi sedalam lima meter, malah disumbat di dalam beg sebelum ditemui di kawasan kebun getah, Kampung Belimbing dekat Limbat, di sini, pagi semalam.
Mayat bayi yang dipercayai dilahirkan beberapa hari lalu ditemui pada jam 8 pagi oleh seorang penoreh getah, Tuan Mat Tuan Lunik, 64, sebelum dia menghubungi polis.
Menurut Tuan Mat, dia dan isterinya, Siti Fatimah Awang, 60, seperti biasa mahu memulakan kerja menoreh getah di kebun mereka.
Katanya, ketika mahu mengambil air di sebuah perigi , dia ternampak sebuah beg sebelum menaikkan beg itu menggunakan galah.
“Saya buka beg itu sedikit dan terkejut apabila ternampak muka bayi. Saya terus memaklumkan kepada penghulu kampung, Zakaria Awang Teh sebelum menghubungi polis,” katanya."
Nauzubillahiminzalik..
Ya Allah, jauhkan la kami dan keluarga kami dari sifat seperti itu..amin..
No comments:
Post a Comment