Hari ini , 27.04.2009 adalah hari terakhir ku di jabatan ini. Huhuh..sedey2..
Harini ..Genapla aku berada di sini selama 4 Tahun , 5 Bulan , 4 Hari ..hehe
Walaupon korang rasa aku lebih banyak masa di forum kan..tapi sebenarnya aku ni sangat dedikasi ngan kerja aku.korang mana tau kan kan..ehehehe.
Aku sangat tak sangka , my 5 years plan tercapai dlm masa belum ckup 5 taun. Walau bagaimanapun ..dlm 4 taun ni , masih ada gak plan yg tak kesampaian. Tapi tu sume bukan kuasa aku la. Ni plan dari segi kerjaya je ek ..yg lain2 tak masuk ..ehehe..
Nak tau plan 5 taun aku ?
( ni aku dah listkan masa aku mula2 di lantik sebagai Pembantu Tadbir Kewangan W17 )
- lulus exam pengesahan jawatan - year 1
- disahkan jawatan - plg lmbt year 2
- ambik exam BITK dan lulus (byrn insentif tugas kewangan ) - year 2
- ambik ptk dan aras 4 (peperiksaan tahap kecekapan ) - year 3
- mesti dapat APC ( anugerah perkhidmatan cemerlang ) - year 3-4
- ambik exam KPSL ( W27 atau N27 ) - year 3-4
- naik pangkat ( W22 or N27 ) - year 4-5
hehe..poyo kan..ni konon2 angan2 la ..tapi dari angan2 tu kita berusaha betul tak ?
sama la mcm losing weight.berangan la dulu nak jadi slim n slender ..tapi jangan angan2 kosong je, usaha ke arah tu kene se iring kan..
semua list dlm 5 year plan tu hampir2 tercapai sepenuhnya taun ni . KECUALI APC. kesian aku.nama aku dah di antar pun untuk calon APC taun ni ..tapi time tu la aku kene pindah jabatan lain. mmg takde rezki part tu. but who cares bout APC when u got promotion ritteeeee...ehehehe. APC tu pada aku sejenis pengiktirafan. bukan pasal duit rm1000 tu. aku akan rasa kagum giler kalau org dpt APC dlm 3 taun pertama dorang kerja.
Tapi kalau jabatan lain ...setau aku dorang bg apc ni bergilir2. sungguh la tak mencapai maksud APC tu sendiri. takde makna la mcm tu. bukan sebab org tu bagus ke..kerja betul2 cemerlang ke..
So lepas ni ..aku nak kene buat 5 & 10 years plan plak utk jawatan baru. hahaha. This one is gonna be tough. but NO WORRIES , I will always try my best.
I'm very very sad to leave this place. Aku ingat lagi 1st day aku datang , aku sorang je pompuan kat opis ni. Pakcik driver jemput aku kat komuter seremban (sbb aku dtg dari HQ ) . Bos bagi aku dok resthouse selama sebulan lebih. Pakcik2 opis belanja aku makan . (sbb kesian kan aku sorang2 terkontang kanting.hehe ) Semoga Allah membalas jasa baik dorang semua.
Lepas 4 taun , rasanya lebih ramai yg tak ske aku .haha. Dalam kerajaan ni mmg mcm tu. Kalau ko buat kerja ikut peraturan , mmg org tak ske. hehe. yg dorang ske kalau bleh ikut ckp dorang. org yg betul tapi melawan mcm aku ni , mmg la tak disukai ramai. tapi , ada ku kesah ? hehe.
Pengalaman 4 tahun ni sangat membukak mata bagi aku. Alhamdulillah , diberi peluang untuk belajar banyak perkara selama ni.
Semoga selepas ni aku akan lebih banyak belajar dan meningkatkan kemahiran diri. Salah satu plan aku untuk 5 taun akan dtg , nak ambik exam khas KPSL untuk naik ke gred N41 ..hehe. Melampau ke ? tak la. Asalkan berusaha , insyaAllah Allah bagi jalan kan? . ( ada ke masa aku nak study sume mende tu..ahahaha )
Kalau tak pon , mesti naik gred N32 - N36 . Bercita-cita tinggi sungguh ko ni kan. hehe. This is a realistic goal. I will try my best to make it happen ..insyaAllah dengan berkat doa mak ayah dan kawan2..insyaAllah..
Terima kasih mak , ayah , adik beradik, beloved husband dan kawan2. Berkat doa korang , esok aku akan melangkah setapak ke hadapan . Terima kasih yang tak terhingga.
Salam penuh kasih sayang .
Bimbim
helo... dulu awk pt kewangan sekarang da e.o melalui kpsl ka?
ReplyDelete